Siapa aku?

Bukan gambar aku yang sebenar tapi sangat accurate.hehe.
Di ruangan ni aku cuba praktikkan skill mengarang karangan “Tentang Saya” yang pernah diajar oleh Cikgu Bahasa Melayu ketika aku sekolah rendah.
Tak menyesal aku belajar untuk mengarang karangan ni dulu-dulu, tapi Cikgu BM aku tu confirm menyesal mengajar aku sebab karangan ni haram tak ikut format. Silap-silap tak ngaku aku anak murid dia. Miahaha!
1) Abah aku kasi nama aku, Faeiz. Kawan-kawan aku pulak terlebih pandai kasi nama aku, Tai. Aku tak kisah sangat nak panggil aku dengan nama yang mana pun, panggil Dato’ atau Tan Sri pun boleh.. aku tak memilih, serius!
2) Bahagian badan aku yang membuatkan kawan-kawan aku jeles/dengki/jaki sangat-sangat dengan aku adalah dibahagian jambang . Ia membuatkan aku nampak lebih kelelakian daripada diorang dan sekaligus telah membuatkan aku tampak kacak, tidak ubah seperti :
i. Mamat ini (versi Hollywood)
ii. Mamat ini (versi ‘Jepun’wood)
iii. Mamat ini (Versi Bollywood).
p/s: korang pun mesti dah start jaki dengan aku skrang kan? miahaha!
3) Kekurangan fizikal diri aku yang baru aku sedar selepas 24 tahun hidup di dunia ini adalah kebengkokkan kedua-dua belah lengan aku. Itu pun sedar lepas ditegur oleh adik aku. Patut la time kawat kaki dulu asyik kena sound dengan komander je sebab tangan tak lurus. Dem!
4) Pernah menjawat jawatan Manager bagi syarikat Microsoft, tapi di fired oleh Bill Gates sebab aku umumkan minat terhadap Apple iPhone secara terbuka di akaun Facebook aku. True story! (kalau kau tak percaya, mesti kau jenis orang yang susah kena tipu, kan?)
Disebabkan takut terlebih jumlah patah perkataan yang akan membuatkan karangan aku ni terkeluar dari format peperiksaan, aku tamatkan karangan ini sampai sini saja. Tamatlah riwayat aku sebagai sebatang pensil.. tiba-tiba ending karangan lain datang menyampuk.. hehe!
Kalau kau rasa kau lelaki kacak dan wanita chun, boleh la add aku dengan guna detail di bawah supaya aku dapat ramaikan lagi kawan-kawan yang CHUNCAK (chun+kacak) :
Facebook: http://www.facebook.com/otaicon
Twitter: http://www.twitter.com/faeizmusa
Skype: punk3iz



