Logo Background

Cita-cita diwaktu persekolahan.

  • Faeiz terfikir nak buat entri macam ni sebab terkenang balik masa zaman kecik-kecik dulu. Masa zaman tadika, Faeiz pernah bercita-cita nak jadi seorang Askar Tentera Darat. Semua ni pengaruh dari Abah Faeiz yang pernah bertugas sebagai seorang Kapitan a.k.a Captain Askar Tentera Darat semasa keluarga Faeiz menetap di Ulu Tiram, Johor. Memang cool bila tengok Abah dressing Askar yang smart tu ditambah plak bila tengok gambar Abah pegi kursus pegang senapang. Sekarang pun terasa macam nak jadi askar tapi terpaksa dilupakan sebab badan dah boroi macam ikan buntal dan si gadis yang tak sanggup berpindah randah.Haha.

    Bila umur meningkat sket, lebih kurang darjah 5, dah mula bertukar cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Pergh, cita-cita nak hebat ajer. Semua tu terpaksa sebab Faeiz dah terpaksa pakai kaca mata. Konon-konon bila pakai kaca mata ni nampak berilmu la? Berilmu la sangat. Semua ni gara-gara terlampau mengadap monitor komputer CRT yang besar gedabak tanpa ada apa-apa protection. Adoi, melepas dah peluang nak kerja askar.

    Dah tiba zaman masuk universiti, sekitar 2005/2006, dah percaya yang internet boleh menghasilkan wang. Timbul la cita-cita nak jadi seorang yang bebas kewangan dengan duit dari internet. Walaupun sampai sekarang belum mencapai taraf tertinggi, tapi dapat la tahu arah tujuan bisnes internet ni. Kepada yang duduk sekitar Kedah dan tak pernah tau internet boleh buat duit, boleh la hubungi Faeiz untuk belajar bisnes internet ni sikit-sikit. Sebagai pengeras, roti canai sekeping dan teh tarik segelas sudah. Sekarang tengah hot pasal eBay, bleh la Faeiz bagi guide sikit-sikit. Kalau nak belajar dari otai-otai malaya, boleh la korang mula daftar kat Forum WangCyber. InsyaAllah, diorang tak kedekut ilmu. Kalau kedekut jugak, boleh join si Muse yang dah benci dengan WangCyber. Haha.

    Sekarang pulak, cita-cita bebas kewangan masih belum pudar. Tapi ada keingingan nak mencipta software sendiri nanti. Sebab tu further study kat OUM dalam bidang Software Engineering. Ada jugak keingingan nak tamatkan dominasi Windows ni, walaupun bunyinya impossible, tetap Malaysia Boleh! Melayu Boleh! Ops, terlebih sudah. Hehe.

    Kepada Encik Paan, kalau interview kerja tu tak dapat, boleh la belajar untuk contact Faeiz. Faeiz ajar ko buat eBay. Tak payah fee pun, tak ada rahsia untuk belajar ilmu.

    Kepada pembaca, apa yang anda pernah cita-cita kan sebelum ni? Ada yang merapu tak? Haha. Apa-apa yang anda cita-citakan tu, anda akan dapat capai if you want it enough.

    Related Posts with Thumbnails
  1. #1 Aleif
    November 11, 2009 am30 12:38 PM

    chaitt..
    askar tk best..
    tension…tension…
    tp bapak aku leftenen colonel dah..
    hahahahh..

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Aleif
    November 11, 2009 am30 12:44 PM

    bapak mu jua faeiz..

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 titan
    November 14, 2009 am30 1:11 PM

    hehe..cita-cita aku nak jadi askar, polis dan cikgu. Tapi sekarang, jadi benda lain..

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 fari a'an
    November 27, 2009 am30 2:59 PM

    oke…. aku mau jadi stewardess!
    smpi sekarang!
    sebab cita2 nk tekel kapten….huehehe… :)

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 Faeiz
    December 4, 2009 am30 6:17 PM

    Titan : Sekarang dah jadi IM yang tegar ek? Bila la bleh setaraf ngan ko ni. :o:

    Fari a’an: Jadi stewardess tapi takel kapten buat pe, baik takel datok2 yang naik kapal terbang tu. Extra jutawan. hehe.

    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: