Aku akan sokong industri bola sepak tempatan jika…
Ditulis oleh pada 28 May 2010 ·
Aku percaya ramai daripada peminat bola sepak lebih meminati liga-liga bolasepak antarabangsa seperti English Premier League, Sirie A dan lain-lain berbanding daripada liga bola sepak tempatan. Aku tak akan salahkan kau dalam hal ini sebab aku pun sama saja macam kau. Bukan la tak nak sokong industri bola sepak tempatan ni, tapi ada beberapa faktor yang membuatkan aku tak ada keinginan nak menyokong industri bola sepak kita ni.
Ops, jangan nak gunakan ayat “kalau kita tak sokong, sapa lagi nak sokong” sebab ayat tu adalah ayat seorang loser, bak kata Khai (aku tak cakap,aku anggukkan aje..hehe.). Disini aku listkan beberapa perubahan yang perlu dibuat untuk membuatkan aku dan seluruh rakyat Malaysia kembali menyokong industri bola sepak tempatan.
Siri Tutorial WordPress #7 : Panduan upload theme ke blog WordPress
Ditulis oleh pada 15 May 2010 ·
Kali ini aku nak guide kau kepada cara-cara untuk upload themes yang kau suka atau berkenan ke blog WordPress yang kau dah install. Jika kau belum dapat bina blog WordPress lagi, mungkin kau ingin baca tutorial-tutorial WordPress aku yang lepas dahulu. Kalau kau terus baca entri ni tanpa baca entri-entri aku sebelum ni, mungkin kau ada masalah untuk memahami bahasa yang aku tulis ni. Nak bahasa tangan pulak? Hehe.
Kenapa perlu themes untuk blog WordPress? Themes WordPress perlu untuk pembaca blog kau dapat first impression tentang blog kau. Jika kau blogging tentang kucing, kau mesti nak dapatkan themes yang berkaitan dengan kucing untuk pembaca kau tahu yang kau bercerita tentang kucing. Takkan kau nak letak themes gajah pulak kalau kau blogging tentang kucing? Bukan ke dah lari dari topic tu?
Tutorial sebelum ni aku dah guide kau macam mana untuk setup akaun FTP dan login ke akaun FTP dengan menggunakan FileZilla. Aku harap kau tidak menghadapi masalah untuk bahagian tu, kerana apa yang aku akan ajar disini akan banyak melibatkan penggunaan FTP dan FileZilla.
Siri Tutorial WordPress #6 : Panduan daftar akaun FTP dan gunakan software FTP
Ditulis oleh pada 13 May 2010 ·
Kita dah sampai ke siri ke enam dalam Siri Tutorial WordPress ni. Untuk entri kali ini, aku ingin menerangkan tentang penggunaan FTP dahulu sebelum kita pasang themes dan plugin ke dalam blog WordPress. Jika kau belum install WordPress ke dalam web hosting, kau mungkin ingin baca Cara mudah untuk install wordpress ke web hosting dahulu.
FTP adalah nama singkatan daripada File Transfer Protocol. FTP digunakan untuk memindahkan fail diantara komputer di dalam satu network. Untuk diaplikasikan dalam tutorial kita ni, FTP digunakan untuk memindahkan fail yang ada dalam komputer kita ke dalam web hosting / web server.
Siri Tutorial WordPress #5: Cara mudah untuk install wordpress ke web hosting
Ditulis oleh pada 11 May 2010 ·
Kita dah tiba di entri dimana aku akan ajar kau bagaimana untuk menggunakan Fantastico untuk installkan wordpress ke webhosting. Fantastico adalah satu sistem yang direka untuk memudahkan pengguna untuk memasang web script dengan mudah. Perkhidmatan fantastico adalah percuma apabila kau sudah menyewa tapak web hosting, kebanyakan web hosting menyediakan sistem Fantastico tetapi kau mungkin perlu bertanya kepada penyedia web hosting tersebut untuk kepastian.
Mungkin ada lagi beberapa sistem lain yang disediakan oleh sesetengah web hosting provider, tapi disini aku sediakan tutorial dengan menggunakan sistem Fantastico untuk install blog WordPress. Ikuti langkah demi langkah bergambar berikut untuk install wordpress ke web hosting dengan menggunakan sistem Fantastico.



