Anda sudah dapatkan domain dan web hosting? Jika belum, sila baca entri sebelumnya yang bertajuk menyewa tapak web hosting dan nama domain dahulu. Jika sudah, bagus, kita teruskan tutorial kali ini dengan cara untuk mengarahkan domain ke web hosting.

Untuk contoh didalam video ini, saya anggap anda melanggan nama domain di GoDaddy.com dan web hosting yang mempunyai Cpanel. Sila ikuti panduan langkah demi langkah dalam video dibawah:

Categories : Tutorial Wordpress

Kita sambung siri tutorial wordpress ini dengan tajuk menyewa tapak web hosting dan nama domain.

Web hosting adalah satu ruang di server yang perlu kita sewa dengan bayaran bulanan atau tahunan untuk memaparkan website kita pada dunia internet. Kos bayaran bergantung kepada berapa kapasiti bandwidth dan webspace.

Bandwidth adalah kadar maksimum transmisi data dari server ke pengunjung web untuk jangkamasa sebulan (untuk servis webhosting normal). Sekiranya anda menjangkakan web atau blog anda akan mempunyai ramai pelawat dalam masa sebulan, seeloknya anda mengambil pakej web hosting yang besar dari segi bandwidth agar tiada masalah limitation bandwidth akan berlaku.

Webspace pula adalah kapasiti ruang di server yang biasanya dinilai menggunakan bytes. Berapa banyak webspace yang diperlukan oleh seseorang adalah sesuatu yang tidak dapat dibincangkan kerana ia bergantung kepada pengguna itu sendiri.

Categories : Tutorial Wordpress

Menentukan hala tuju blog merupakan satu perkara asas yang perlu dibuat oleh semua bloggers kerana perkara ini akan menguntungkan bagi blogger itu sendiri dari segi traffic dan target golongan pembaca.

Dari perancangan hala tuju blog ini, seseorang blogger itu akan dapat merancang apa yang perlu ditulis didalam blog tersebut di masa hadapan, berikut adalah beberapa perkara yang perlu seseorang bloggers itu perlu rancang,korang perlu jawab soalan-soalan berikut untuk mendapat hala tuju blog korang:

Categories : Tutorial Wordpress

Terdapat banyak perkhidmatan blog percuma di internet seperti blogger.com, wordpress.com dan livejournal.com . Pernah tak korang menggunakan perkhidmatan blog tersebut?

Memang seronok menggunakan benda yang tak payah membayar ni, tetapi ada satu perkara besar yang mungkin korang tak sedar ketika seronok menggunakan perkhidmatan diorang ni, iaitu..

Categories : Tutorial Wordpress

Tidak tahu apa itu WordPress? Sebagai ringkasan, WordPress adalah open source CMS yang digunakan secara meluas untuk blogging berstrukturkan PHP dan MySQL. Kalau korang nak baca lagi pasal WordPress, sila ke ” Wikipedia: WordPress“.

Bila korang baca pasal post ini, aku percaya 95% daripada korang ingin belajar bagaimana untuk kendalikan blog WordPress yang dihostkan di hosting sendiri. Sila ucap tahniah dan tepuk tangan untuk diri sendiri sebab ingin belajar pasal benda ni. *tepuk* *tepuk*

Categories : Tutorial Wordpress
Page 3 of 512345
Creative Commons License
Faeiz.com blog by Faeiz is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia License.
Based on a work at www.faeiz.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at http://www.faeiz.com.
Twitter RSS Feed Email Subscription Facebook

Twitter Updates

follow me on Twitter