Archive for Celcom broadband
Terus melangkah kedepan
Posted by: | Comments
Tapak Sewa untuk berforex di Rumah Pakcik Nazli
Rasa penat setelah baru lepas hantar 6 bungkusan order yang diterima semalam, itu pun nasib baik sempat jugak hantar sebab aku dan adik aku sampai di pejabat post tersangat-sangat last minit. Dah habes bab tu,sekarang ni aku berada di teratak pakcik Nazli yang terletak di Jejawi,Perlis. Bertemankan air milo yang makcik Nor hidangkan, aku gagahkan diri untuk menaip artikel yang lebih kurang ni.
Banyak perubahan besar yang berlaku dalam hidup aku sekarang ni. Pertama sekali, perubahan OS dalam laptop aku. Kawan-kawan aku semua dah sedia maklum kerana aku adalah Windows XP’s freak. Tapi setelah pakcik Nazli beli DVD Windows Seven (Pirate version) , tangan ni terasa gatal untuk format laptop usang aku and aku dah mula adapt kepada Windows Seven nih. Rasa seronok pulak sebab rasa macam laptop usang aku dah berubah kepada laptop makhluk asing je sekarang ni.

Sesi menayang modem streamyx
Perubahan yang kedua, rumah aku dah dilengkapi dengan perkhidmatan internet Streamyx dan tengah berkira-kira untuk mengucapkan goodbye kepada Celcom Broadband. Walaupun subscription fee dah up sikit, aku harap service Streamyx dah lagi bagus dari dulu. (Kalau sipot jugak, aku terpaksa la berkira-kira untuk mengubah haluan pulak..)
Perubahan yang ketiga, adik aku (Aleif) yang berwajah Godzilla telah dapat kerja di UUM sebagai seorang technician. Tahniah untuk beliau dan aku harap dia dapat la belanja aku makan dan bayar Streamyx untuk full setahun ni. Hehe.
Sekarang aku nak mengadap balik candlestick dan indicator di Metatrader, dah naik lemau mata ni asyik mengadap benda alah ni. Untuk merealisasikan cita-cita aku sebagai seorang trader yang berjaya, akan aku gagahi jua..


